|
|
Dosa manakah,
minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai
inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh
Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap
minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal
perbuatan keji dan sumber segala dosa.
Dulu hidup
seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah
Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang
wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.

Tetapi apa yang
terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan
yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu
dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."

sumber : File
1001 KisahTeladan
Ditulis Oleh : Endy Djubu | Artikel | Arak Puncak Segala Kejahatan
Artikel Arak Puncak Segala Kejahatan ini diposting oleh Endy Djubu pada hari Jumat, 16 Maret 2012. Terimakasih atas kunjungan Anda yang telah membaca artikel ini, semoga bermanfaat untuk kita semua, Kritik dan saran nya, silahkan tulis di kotak Komentar di bawah ini, dan jangan lupa di like/suka ya.... Salam hangat dari saya 3nf1try.blogspot.com
0 Comments:
Posting Komentar