Suatu ketika
tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi
hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang
menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama
Rasulullah S.A.W. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Seluruh kaumnya ketika
itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi
Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol
dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya
kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu
sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Nabi S.A.W, menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.

Nabi S.A.W
menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju
bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh
ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan
kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai
mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar
memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh
mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia
jatuh pingsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar !" Demikian tanya orang yang heran melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut saja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi."

Amar meninggal.
Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini
diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda, "Amar itu nanti akan berada
dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan
penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang
banyak mengetahui hadith Nabi S.A.W berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan
kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun
juga terhadap Allah."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."
Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.

sumber : File
1001 KisahTeladan
Ditulis Oleh : Endy Djubu | Artikel | Syahid Setelah Mengucap Syahadah
Artikel Syahid Setelah Mengucap Syahadah ini diposting oleh Endy Djubu pada hari Jumat, 16 Maret 2012. Terimakasih atas kunjungan Anda yang telah membaca artikel ini, semoga bermanfaat untuk kita semua, Kritik dan saran nya, silahkan tulis di kotak Komentar di bawah ini, dan jangan lupa di like/suka ya.... Salam hangat dari saya 3nf1try.blogspot.com
0 Comments:
Posting Komentar