Pada suatu hari,
seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh
saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah
seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual
beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang
perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada
Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang
tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.
Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu
bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya
tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar
Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham saja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."

Tetapi saudagar
Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi
tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi
itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya,
"Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual
barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahwa dia dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

sumber : File
1001 KisahTeladan
Ditulis Oleh : Endy Djubu | Artikel | Kejujuran Seorang Saudagar
Artikel Kejujuran Seorang Saudagar ini diposting oleh Endy Djubu pada hari Jumat, 16 Maret 2012. Terimakasih atas kunjungan Anda yang telah membaca artikel ini, semoga bermanfaat untuk kita semua, Kritik dan saran nya, silahkan tulis di kotak Komentar di bawah ini, dan jangan lupa di like/suka ya.... Salam hangat dari saya 3nf1try.blogspot.com
0 Comments:
Posting Komentar