Telah diceritakan
bahwa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar
menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis
pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih,
sedang ditangannya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini
?" Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis." "Apa maksud kamu datang berjumpa
aku ?" Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau
bertanyakan kepadaku."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas."
Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?" Iblis menjawab, "Lima belas."
1. Engkau sendiri hai Muhammad.
2. Imam dan pemimpin yang adil.
3. Orang kaya yang merendah diri.
4. Pedagang yang jujur dan amanah.
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan
khusyuk.
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala
yang haram.
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan
suci.
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan
berderma.
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.
14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu
membacanya.
15. Orang yang berdiri melakukan solat di
waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur.
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi,
"Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?" Jawab iblis, "Sepuluh golongan
:
1. Hakim yang tidak adil.
2. Orang kaya yang sombong.
3. Pedagang yang khianat.
4. Orang pemabuk/peminum arak.
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6. Pemilik harta riba'.
7. Pemakan harta anak yatim.
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan
solat/sering meninggalkan solat.
9. Orang yang enggan memberikan
zakat/kedekut.
10.Orang yang selalu berangan-angan dan khayal
dengan tidak ada faedah, mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."
Itulah di antara percakapan Nabi dan iblis.
Seharusnya kita maklum bahwa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan
manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi
kawan iblis, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh
Allah. Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi
kawan kekasih Allah.
sumber : File
1001 KisahTeladan
Ditulis Oleh : Endy Djubu | Artikel | Musuh dan Kawan Iblis
Artikel Musuh dan Kawan Iblis ini diposting oleh Endy Djubu pada hari Jumat, 16 Maret 2012. Terimakasih atas kunjungan Anda yang telah membaca artikel ini, semoga bermanfaat untuk kita semua, Kritik dan saran nya, silahkan tulis di kotak Komentar di bawah ini, dan jangan lupa di like/suka ya.... Salam hangat dari saya 3nf1try.blogspot.com
0 Comments:
Posting Komentar