Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah
S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke
dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu
menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah
S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada
orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah
mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah
itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah
orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun
pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian
mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan
para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka
sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang
telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini
tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para
sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang
hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang
meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu
bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah
mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila
mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha
illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku
tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku
supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan
yang telah dilakukan oleh mayat ini?". Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga
kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
sumber : File 1001 KisahTeladan
Ditulis Oleh : Endy Djubu | Artikel | Balasan Meninggalkan Sholat
Artikel Balasan Meninggalkan Sholat ini diposting oleh Endy Djubu pada hari Jumat, 16 Maret 2012. Terimakasih atas kunjungan Anda yang telah membaca artikel ini, semoga bermanfaat untuk kita semua, Kritik dan saran nya, silahkan tulis di kotak Komentar di bawah ini, dan jangan lupa di like/suka ya.... Salam hangat dari saya 3nf1try.blogspot.com
0 Comments:
Posting Komentar