'Amir bin Said
dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari
daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu
beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun
turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian
Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami
lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga
perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan
satu lagi ditolak.
-
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
-
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
-
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita
lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain,
hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari
belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
sumber : File
1001 KisahTeladan
Ditulis Oleh : Endy Djubu | Artikel | Do'a Rasul yang Ditolak
Artikel Do'a Rasul yang Ditolak ini diposting oleh Endy Djubu pada hari Jumat, 16 Maret 2012. Terimakasih atas kunjungan Anda yang telah membaca artikel ini, semoga bermanfaat untuk kita semua, Kritik dan saran nya, silahkan tulis di kotak Komentar di bawah ini, dan jangan lupa di like/suka ya.... Salam hangat dari saya 3nf1try.blogspot.com
0 Comments:
Posting Komentar